Cara Daftar Akaun YouTube Untuk Upload Video

0

Bagaimana nak daftar akaun YouTube? Ramai juga ya yang cuba tanya soalan ni bagaimana cara nak daftar akaun YouTube walaupun benda ni nampak macam hal yang remeh saja.

Sebenarnya benda ni sangat mudah dan basic je. Mungkin juga ada yang tak perasan yang dia sudah pun daftar akaun YouTube dan boleh terus upload video kalau nak jadi seorang YouTuber.

Untuk daftar akaun YouTube anda hanya perlu daftar akaun Gmail saja. Kalau anda sudah ada akaun Gmail sebelum ni, secara tak langsung itu bermakna anda memang sudah daftar akaun YouTube juga. Tinggal nak upload video je lagi.

cara daftar akaun youtube

Walaubagaimanapun di sini saya tunjukkan step by step untuk daftar akaun YouTube kepada anda supaya yang memang betul-betul tidak tahu dapat belajar.

Cara Daftar Akaun YouTube Untuk Upload Video

Di sini saya hanya tunjuk cara nak daftar melalui laptop saja. Jika anda nak daftar melalui smartfon pun boleh. Tak ada masalah sebab konsep dia sama je.

Ok jom kita mulakan.

Langkah 1 Pergi ke laman web Gmail.com. Kemudian klik pada butang Create an Account jika anda belum daftar akaun Gmail dan jika dah daftar boleh terus klik Sign in.

Di sini saya anggap masih belum daftar lagi.

cara daftar akaun youtube

Langkah 2 Kemudian anda akan dibawa ke halaman untuk isikan maklumat anda.

cara daftar akaun youtube

Di sini anda masukkan nama, username dan password.

Kemudian klik pada butang Next.

Langkah 3 Lepas klik pada butang Next, anda akan diminta untuk masukkan nombor telefon untuk pengesahan dan keselamatan.

cara daftar akaun youtube

Siap!

Langkah 4 Lepas dah siap, pergi ke laman web YouTube.com dan pergi ke halaman dashboard.

Sekarang anda boleh mula upload video pertama anda di YouTube.

Boleh lihat tutorial macam mana nak upload video di YouTube.

Sekali lagi saya nak ingatkan untuk anda. Jika anda dah ada akaun Gmail sebelum ni, just login akaun YouTube anda dengan akaun Gmail tersebut sebab kedua-duanya saling berhubung kait. Jadi tak perlu nak daftar semula akaun YouTube jika dah ada akaun Gmail.

So macam mana?

Senang je kan?

Kalau anda masih ada pertanyaan sila tinggalkan komen di bawah.

Selamat berYouTube!

Kesimpulan

Dalam tutorial ini anda telah belajar bagaimana cara sebenar daftar akaun YouTube untuk upload video pertama anda.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply