Cara Upload Video Di YouTube Guna Smartfon & PC

0

Bagaimana cara upload video di YouTube? Untuk upload video, saya sarankan untuk anda upload video melalui laptop atau desktop kerana ia lebih banyak fungsi-fungsi menarik untuk setting dan ia lebih mudah sebenarnya.

Jika anda upload video melalui smartfon anda, banyak fungsi akan disable. Jadi saya sarankan untuk anda upload video di Laptop.

Namun, jika anda tidak akan laptop atau PC, dalam tutorial ini juga saya akan ajar bagaimana cara anda nak upload video di YouTube melalui smartfon.

Cara Upload Video Di Smartfon dan Laptop

cara upload video di youtube

Sebelum ikuti tutorial ini, pastikan anda sudah ada video untuk diupload.

Berikut adalah cara-cara bagaimana nak upload video di YouTube.

Cara #1 Cara Upload Video Di YouTube Melalui Laptop/PC

Langkah 1 Pertama sekali login ke dalam akaun YouTube.

Langkah 2 Kemudian anda pergi ke bahagian YouTube studio dan anda akan lihat satu icon upload di bahagian atas kanan.

Klik icon tersebut.

cara upload video di youtube

Langkah 3 Kemudian akan keluar satu popup untuk kita upload video. Klik pada Select Files.

cara upload video di youtube

Langkah 4 Kemudian akan keluar lagi popup dan klik pada Show all files.

cara upload video di youtube

Langkah 5 Kemudian cari video yang anda nak upload di desktop komputer anda.

cara upload video di youtube

Langkah 6 Tunggu sehingga habis upload. Anda mesti tunggu sehingga 100% upload selesai baru boleh buat step yang seterusnya.

Langkah 7 Seterusnya, anda perlu isi info seperti tajuk, description, tag dan lain-lain lagi dengan betul.

Di sini ia terbahagi kepada 5 bahagian yang perlu korang isi iaitu.

  • Details
  • Monetization
  • Video Elements
  • Visibility
cara upload video di youtube

Untuk cara-cara isi secara detail saya akan tunjukkan pada tutorial yang lain.

lepas dah siap isi kelima-lima bahagian tersebut, klik pada butang Next.

Langkah 8 Lepas tu anda akan diberikan pilihan samaada nak setkan Private, Unlisted atau Public. Yang ni anda jangan risau sebab nanti kita boleh edit.

Ok di sini saya nak terangkan sikit maksud ketiga-tiga fungsi ni.

Private – Bermaksud video tersebut tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun kecuali anda sebagai admin.

Unlisted – Video ni tidak dipaparkan secara public tapi jika anda berikan link video tersebut pada seseorang, dia boleh lihat video anda dalam senarai Unlisted.

Public – Maksudnya sesiapa saja boleh lihat video anda walaupun ia dari Kutub Utara.

Saranan saya, anda klik dulu Unlisted video dulu sebab anda perlu buat semakkan terakhir sebelum dipaparkan kepada Public. Unlisted juga akan detect secara auto jika anda terguna apa-apa content yang mengandungi copyright.

Jika memang ada copyright, anda boleh padam video tersebut dan edit lain. Itu gunanya jika kita set Unlisted terlebih dahulu.

Tambahan, anda juga boleh setkan secara auto masa dan bila tarikh anda mau publish video anda tersebut pada Public.

Caranya anda boleh guna fungsi Schedule. Nanti anda klik pada fungsi schedule dan anda setkan tarikh dan masa. Senang je.

Langkah 9 Lepas dah semua siap setting dan anda berpuas hati, klik pada butang SAVE untuk lengkapkan proses upload video tersebut.

Itu saja.

Cara #2 Cara Upload Video di YouTube Melalui Smartfon

Langkah 1 Buka applikasi YouTube

Langkah 2 Kemudian anda lihat pada bahagian bawah ia ada simbol tambah. Klik pada simbol tersebut.

cara upload video di youtube

Langkah 3 Kemudian ia akan keluar popup dan anda ada beberapa pilihan di sini.

cara upload video di youtube

Oleh sebab kita nak upload video, klik pada Upload a video.

Langkah 4 Secara auto YouTube akan tunjukkan pilihan video melalui media di Smartfon anda. Jadi pastikan video yang anda nak upload berada di media smartfon anda.

cara upload video di youtube

Langkah 5 Langkah seterusnya anda boleh trim video dan masukkan lagu jika mahu. Kemudian klik Next.

cara upload video di youtube

Langkah 6 Seterusnya, di sini anda masukkan tajuk, description video, status video samaada nak public, private atau unlisted. Kemudian masukkan location jika anda mahu.

Lepas dah siap setting, klik pada Next.

Langkah 7 Akhir sekali pilih samaada video tersebut dibuat untuk kanak-kanak atau tidak.

Lepas dah pilih klik je butang Upload.

Maka selesailah proses upload video di YouTube guna smartfon.

Untuk gambaran lebih jelas, boleh tonton video di bawah ni.

Kesimpulan

Dalam tutorial ini, saya telah tunjukkan kepada anda dua cara bagaimana nak upload video di YouTube melalui PC atau smartfon. Tapi saya kuat sarankan kepada anda untuk upload video melalui PC sebab banyak settings yang anda boleh buat berbanding upload video di smartfon.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply