Pengalaman Menunggu Pin Adsense. Bila Sampai?

Kongsikan pengalaman pahit atau manis untuk dijadikan inspirasi YouTube content creator.
Forum rules
Anda sama sekali tidak dibenarkan untuk mengiklan, spam atau letak link/url affiliate ke dalam ruangan komen KECUALI pada bahagian signature. Forum adalah tempat berbincang dan berkongsi idea. Jika anda ingin beriklan, sila post di ruangan berbayar. Tindakkan diban akan diambil kepada pengguna yang mengulangi kesalahan.
Post Reply
User avatar
Blog Faiz
Admin
Admin
Posts: 34
Joined: Fri May 01, 2020 3:53 pm
Location: Kelantan
Contact:

Pengalaman Menunggu Pin Adsense. Bila Sampai?

Post by Blog Faiz »

Ok ni sikit pengalaman saya menunggu untuk dapatkan pin adsense untuk YouTube.

Ok.

Bila kita dah capai 1000 subscribers dan 4000 jam tontonan, pihak youtube akan menghantar kita satu mesej bahawa channel akaun YouTube kita akan direview oleh pihak Google.

Untuk dapat keputusan review ni, saya hanya menunggu selama 1 hari saja atau tak sampai 2 hari pun. Lepas tu pihak YouTube/Adsense akan memberitahu bahawa channel kita sudah layak untuk dimonetize.

Lepas tu, iklan akan mula "berjoget" dalam video kita.

Untuk dapatkan pin, kita perlu capai sebanyak USD10 dahulu. Lepas dah capai USD10 barulah pihak YouTube akan mula hantar pin untuk verify akaun adsense kita.

Penting ke Pin dari adsense ni?

Ya penting.

Kalau kita kumpul USD1000 sekali pun tapi kita tak verify guna pin tadi, kita tak boleh keluarkan duit tersebut dari akaun adsense kita.

Ok itu saja pengalaman yang dapat saya kongsikan. Semoga bermanfaat. :D
Subscribe channel YouTube https://www.youtube.com/blogfaiz
Servis buat website https://www.smcreativestudio.com
Layari blog https://www.blogfaiz.com/
Post Reply