Perlu ke gadget yang mahal nak buat video kat YouTube?

Bincangkan gadget & peralatan di sini seperti kamera, mikrofon dan sebagainya.
Forum rules
Anda sama sekali tidak dibenarkan untuk mengiklan, spam atau letak link/url affiliate ke dalam ruangan komen KECUALI pada bahagian signature. Forum adalah tempat berbincang dan berkongsi idea. Jika anda ingin beriklan, sila post di ruangan berbayar. Tindakkan diban akan diambil kepada pengguna yang mengulangi kesalahan.
Post Reply
User avatar
Blog Faiz
Admin
Admin
Posts: 34
Joined: Fri May 01, 2020 3:53 pm
Location: Kelantan
Contact:

Perlu ke gadget yang mahal nak buat video kat YouTube?

Post by Blog Faiz »

Pada pandangan saya, sebagai seorang pemula buat video kat YouTube ni, kita tak perlukan pun gadget2 yang mahal.

Yela, kita belum ada modal mana nak dapat beli semua benda tu. Bukan murah gadget nak buat video ni.

Bagi saya, kita bermula apa yang ada. Saya ada banyak contoh2 YouTuber yang saya boleh senaraikan di mana mereka hanya rakam guna fon saja tapi boleh berjaya di YouTube (subsciber ramai)

Antaranya yang terawal sy kena Ariey Jojo, Cik Dadida, dan banyak lagi lah.

Haha...Saya sebut dua orang ni sbb saya layan video mereka pada masa tu.

Yang penting dalam buat video di youTube ni, kita hanya perlu kerajinan saja untuk buat video.

Kalau anda pandai buat joke, pandai cakap tu satu kelebihan yang boleh anda gunakan untuk tarik subscriber.

Kepada mereka yang tak pandai cakap, tak pandai joke, jangan risau kita masih banyak lagi peluang untuk dapatkan subscriber.

Contohnya macam saya. Tak pandai joke dan tak pandai jenaka tapi still dapat 10k dalam masa setahun.

Tapi tulah. agak letih sikit kalau kita kurang benda tu.

Harap perkongsian saya ni dapat buka minda anda semua yang baru nak bermula di YouTube ni.
Subscribe channel YouTube https://www.youtube.com/blogfaiz
Servis buat website https://www.smcreativestudio.com
Layari blog https://www.blogfaiz.com/
Post Reply